Halaman

27 Apr 2011

Gereja ajak Melayu gaduh...


Kronologi ancaman Gereja untuk menghapuskan kedudukan istimewa Islam di Malaysia:-

1. Isu Artikel 121(1A) ekoran insiden kematian Muhammad Abdullah Moorthy dengan mengutarakan idea liberalisme bagi dijadikan kesempatan golongan bukan Islam untuk melemahkan kedudukan Islam dengan mencabar kuasa Mahkamah Syariah.

2. Penubuhan Inter Faith Council (IFC) yang dipelopori DAP dan PKR untuk menjejaskan kedaulatan Islam sebagai agama bagi Persekutuan (Perkara 3).

3. Isu murtad yang dimainkan golongan Muslim liberal melalui kerjasama NGO bukan Islam dengan menggunakan saluran undang-undang untuk memudahkan proses penukaran agama serta mencabar peruntukan undang-undang syarak dan sivil. Golongan ini disokong Majlis Peguam.

4. Penentangan terhadap konsep pelaksanaan syariat Islam dengan menolak pelaksanaan syariat Islam oleh parti DAP dan kebanyakan pemimpin dalam PKR.

5. Gerakan Feminisme Sisters In Islam dilihat menggunakan jaringan ahli politik, penggubal undang-undang dan media untuk menentang penggubalan Rang Undang-Undang Kekeluargaan (Wilayah Persekutuan, 2005)

6. Reformasi Kurikulum Institusi Pendidikan Islam mendakwa kononnya kurikulum pendidikan Islam yang ada sekarang kononnya bersifat jumud dan tidak relevan dengan zaman.

7. Isu Herald Tribune telah mengundang reaksi pelbagai pihak setelah Kementerian Dalam Negeri memutuskan untuk melarang penggunaan nama Allah oleh buletin tersebut, tetapi kini diberi lesen besar pula oleh Najib kepada puak kristian menggunakan nama Allah dalam bible bahasa Melayu.


Adakah pemimpin Melayu di Malaysia hari ini masih tidak sedar akan ANCAMAN fahaman pluralisme/liberalisme yang diperjuangkan gereja serta penganut kristian terhadap Aqidah dan kedudukan Islam di Malaysia?

Jelas wujud agenda terancang gereja dalam cubaan untuk menidakkan kedudukan istimewa Islam di negara ini.

Ada pepatah Melayu menyebut, "Mata lebih besar daripada Akal", TAPI "Semua pemimpin Melayu Malaysia ni buta ke apa?"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan