Semua pemilik lesen kenderaan perdagangan di Semenanjung Malaysia, iaitu pengusaha pengangkutan awam bas, teksi dan lori perlu mendaftar semula dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bermula 1 April sehingga 30 September 2011. Mengikut Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010, kegagalan pelesen mendaftar semula dalam tempoh yang diberikan akan menyebabkan lesen tersebut LUPUT. Proses pendaftaran semula ini juga melibatkan semua pelesen kenderaan pelancongan. Menurut Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, “Objektif utama pendaftaran semula ini adalah untuk meningkatkan kawal selia serta memudahkan transformasi industri pengangkutan awam darat di negara kita, demi kepentingan kemudahan dan keselesaan rakyat Malaysia”. “Dengan langkah pendaftaran semula ini, SPAD dapat mengenalpasti status terkini pemilik lesen”, ujar beliau lagi. Selain pemilik lesen sedia ada, pemegang Surat Tawaran Kelulusan (STK), Surat Kelulusan Bersyarat (SKB) dan pengendali yang sedang dalam proses rayuan juga perlu melakukan pendaftaran semula. Pendaftaran semula ini merangkumi pemilik lesen di Semenanjung Malaysia sahaja. Proses pendaftaran semula ADALAH PERCUMA dan SEMUA PELESEN YANG TERLIBAT perlu mengisi borang khas yang boleh di dapati di semua Pejabat Wilayah SPAD atau boleh dimuat turun dari laman web di www.spad.gov.my. Borang yang telah lengkap beserta dokumen berkaitan boleh dihantar ke Pejabat Wilayah SPAD yang terdekat, atau melalui pos berdaftar ke alamat yang tertera di laman web SPAD. Sebarang maklumat atau pertanyaan boleh diajukan dengan menghubungi talian bebas tol SPAD di 1800-88-9600. |
27 Apr 2011
PEMILIK LESEN KENDERAAN PERDAGANGAN DAN PELANCONGAN PERLU DAFTAR SEMULA PDFPRINTEMAIL LAST UPDATED : MONDAY, 28 MARCH 2011 00:00
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan