Halaman

14 Mei 2011

GURUTTA:
Aja’ laloki nengka mallupaiwi gurutta
Iyamitu nasabari Iyamitu nasabari  
Narilolongeng deceng nge..
Iyami nasabari nengka paddisengetta
Mancaji suloi mancaji suloi
Rilino riahera’
Ingngerrangngi ri baiccutta
Narapi’ lettu’ battoa
Masessa natemmanging ngi
Sibawa ati sabbara’
 Mammuare’gi mancaji
Tau makkeguna
 (guru)

GURU KITA
Jangan sekali kali kita melupakan guru
Kerana sebab merekalah 
Kita mendapat kebaikan
Kerana gurulah
Kita mendapat ilmu pengetahuan
menjadi penyuluh, menjadi penyuluh
Didunia dan akhirat
Ingatlah masa kecilmu
Sehingga kita dewasa
Bersusah payah tanpa jemu
Dengan hati yang sabar
Mudah mudahan menjadi
Manusia berguna

ARTIKEL NI WAJIB DIBACA PADA MEREKA YANG BEKERJA

Pernahkah kita fikir apa tujuan kita hidup dimuka bumi Allah ini? Kalau mengikut kitab suci Al-Quran kita disuruh membuat amal ibadat secukupnya sebagai bekal untuk menuju ke alam akhirat. 

Mc bukan nak cerita mengenai Alam akhirat tapi mengenai manusia sekarang yang berkelakuan amat pelik dan tidak masuk akal. 

Contohnya macam ni la.

Kita susah, Allah menyuruh kita berusaha untuk memperolehi wang dan harta bagi kesenangan hidup. Tapi apa yang sering berlaku ialah, kita berdoa kepada Allah dengan tanpa sebarang usaha. Kita berdoa untuk kesenangan di dunia dan di akhirat. Tapi apakah kita berusaha kejalan itu? Atau kita sekadar bertadah tangan dan berdoa, kemudian tanpa sebarang usaha, mengharapkan harta turun dari langit?

Itulah mentaliti manusia sekarang. 

Bila susah, kerjalah sungguh-sungguh, buat cara susah, rajin bekerja, ikhlas dalam pekerjaan, ikut peraturan, Insyallah pekerja yang ikhlas akan dijaga dengan baik oleh majikannya.

Ini tidak, sudahla susah, malas bekerja, sering lewat, tak mengikut peraturan, kerja pulak bagaikan kena paksa, apakah pekerja macam ni yang majikan akan jaga dengan baik? Atau tunggu masa nak sepak keluar saja?

Bila kita susah, kita tak ada wang, kenapa tak ada wang, kerana tak ada kerja, bila tak ada wang, kita pergi minta kerja, bila dapat kerja, Insyallah akan ada imbuhan yang diberi oleh syarikat, banyak atau sikit bergantung pada kita yang bekerja.


Bila minta kerja, muka macam ikan sardin, suara merayu-rayu, mengangguk-angguk semuanya boleh, kalau boleh nak memegang lutut di tukang interview tu, supaya diberikan kerja. Tapi bila dah dapat kerja, kerja suka hati, nak datang ke taknak datang ke serupa syarikat tu bapak dia yang punya. Cuti sakit berhari-hari, lewat jangan cakap la, serupa dia bos kat syarikat tu. Lepas tu bila syarikat potong gaji, atau dapat gaji sikit, kata syarikat kejam, aniaya orang susah macam dia, sebenarnya siapa yang cari susah, syarikat atau dia?

Kita sering berharap dapat gaji besar bila bekerja. Atau bila bekerja pula, kita berharap untuk kenaikkan gaji dengan cepat dan besar. Tapi tiba-tiba bila ada kenaikkan gaji, gaji kita tidak dinaikkan, kenapa? 

Kerana syarikat ingat kita dah cukup makan dan pakai, yelah.. syarikat beri gaji rm1000 contoh la ye, tambahan elaun untuk kedatangan rm100. Kalau lewat (lebih daripada dua kali) atau ponteng kerja, syarikat akan potong elaun kedatangan tu. Sepatutnya kalau kita dah susah, jaga la kerja elok-elok jangan kasi elaun rm100 tu kena potong. Rm100 tu banyak, boleh buat macam-macam.

Tapi pekerja yang kata dia susah ni, setiap bulan tak pernah dapat elaun kedatangan, malah gaji pun sering ditolak kerana ponteng dan lewat. Apakah pekerja sebegini akan dapat kenaikkan gaji? Syarikat nak naikkan berapa? rm50? Tak payah la sebab rm100 pun dia tak jaga, inikah pula rm50 pasti dia akan buat tak layan. Jadi siapa yang rugi? Kita atau syarikat?

Sepatutnya bila dah susah, rajin la usaha, kerja elok-elok, jaga gaji jangan bagi kena potong. Bila ada 'overtime' itu rezeki, jangan tolak, sapu aje. Kalau pemalas bila nak senang? Kalau mak bapak kaya tu lain la cerita, tapi kalau memang kita dilahirkan biasa-biasa aje, macam mana nak senang kalau tak berusaha? 

Jaga kerja elok-elok, kerja rajin-rajin. Senang atau susah, kita usaha sendiri. Minta dipermudahkan kesenangan dan tambah rezeki kepada kita, tapi diselangi dengan usaha baru betul. Ini berdoa bagai nak rak, siap nangis-nangis tapi, lepas sembahyang tidur sampai ke petang, mana duit nak datang. Apa raaa.. Bila susah, salahkan kerajaan, tak bagi itu, tak bagi ini, barang ini naik, barang itu naik.

Kerajaan hanya buat yang terbaik untuk rakyatnya, kita pula perlu berusaha memastikan keadaan kita sentiasa dalam keadaan terbaik semasa bekerja. Kerajaan cari pendapatannya, kita cari pendapatan kita. 

Susah atau senang, Allah yang tentukan, tapi Allah dah janji, siapa yang usaha dia akan berjaya. Allah tak akan mungkiri janji, seperti mana kita manusia. Jadi kalau kita susah, balik tengok cermin, tenung diri sendiri kenapa kita susah, adakah disebabkan orang, atau disebabkan salah sendiri?

NOH tak HUJAN: SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITANGKAP 9/9

NOH tak HUJAN: SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITANGKAP 9/9: "9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITANGKAP 9.1 Kenal pasti Pegawai Polis yang menyoal siasat anda - Ambil perhatian nama/pangkat Pegawai..."

NOH tak HUJAN: PEMERIKSAAN BADAN SELEPAS TANGKAPAN BERLAKU 8/9

NOH tak HUJAN: PEMERIKSAAN BADAN SELEPAS TANGKAPAN BERLAKU 8/9: "8. PEMERIKSAAN BADAN SELEPAS TANGKAPAN BERLAKU 8.1 Bila Polis boleh berbuat demikian - Polis secara munasabah mengesyaki bahawa anda mem..."

NOH tak HUJAN: PEMERIKSAAN BADAN TANPA TANGKAPAN 7/9

NOH tak HUJAN: PEMERIKSAAN BADAN TANPA TANGKAPAN 7/9: "7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TANGKAPAN 7.1 Bilakah ianya boleh dilakukanJika anda berada di satu-satu tempat (contohnya: disko/karaoke/pusa..."

NOH tak HUJAN: PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM 6/9

NOH tak HUJAN: PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM 6/9: "6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM 6.1 Siapakah Majistret? Majistret ialah seorang pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa u..."

NOH tak HUJAN: HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANA...

NOH tak HUJAN: HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANA...: "5. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN 5.1 Hak untuk berunding dengan seorang peguamSebaik sahaja anda meminta kehadiran..."

NOH tak HUJAN: “Mengapa saya ditangkap?" 4/9

NOH tak HUJAN: “Mengapa saya ditangkap?" 4/9: "4. POLIS MENANGKAP ANDA 4.1 Tanya: “Mengapa saya ditangkap?” Sesuatu tangkapan menjadi tidak sah jika anda tidak diberitahu alasan tangk..."

NOH tak HUJAN: SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN 3/9

NOH tak HUJAN: SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN 3/9: "3. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN 3.1 Pernyataan 112: Semasa pihak Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sesuatu kes ..."

NOH tak HUJAN: POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN 2/9...

NOH tak HUJAN: POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN 2/9...: "2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN 2.1 PengenaIan DiriHanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda. 2.2 Poli..."

NOH tak HUJAN: POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN 2/9...

NOH tak HUJAN: POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN 2/9...: "2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN 2.1 PengenaIan DiriHanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda. 2.2 Poli..."

NOH tak HUJAN: KETAHUI HAK ANDA KETIKA DITAHAN POLIS 1/9

NOH tak HUJAN: KETAHUI HAK ANDA KETIKA DITAHAN POLIS 1/9: "Ketahui Hak Anda Ketika Di Tahan Oleh Pihak Polis Akhir-akhir ni banyak tersebar di Facebook ,Youtube ,forum-forum mengenai video seoran..."

12 Mei 2011

Terjemahan Surah Al Fatihah dalam bahasa Bugis.



1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  • Nasa ba' asengna Puang Allah Ta'ala iyya mesero mabbere na masero makkamase.
 2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
  • Idi'mi Puang Onrong sininna rampe rampe madeceng (akkasiwiangnge)
3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
  • Puang Masero Pamasei na Masero Mabbere
4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)
  • Puang makkatenniwi Esso Ri Monri (Esso Pamale')
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. 
  • Idi'mi Puang Ri Sompa na Idi'mi U wonroi mellau Tulung
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus. 
  • E' Puang, Jellokengnga' Laleng MalempuE
7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
  • Iyyanaritu Laleng patujue, laleng To Riamesie, tani laleng Mu bacciE na taniato laleng mappakabiling mpilingE.
Terjemahan bahasa Bugis oleh sdra La Tulu.

11 Mei 2011

Wali Tujuh dari Tanah Bugis


Wali Tujuh dari Tanah Bugis

1)Syekh Yusuf (Toanta Salamaka), 2) Petta Lasinrang (Petta Lolo), 3). Arung Palakka (Petta to malampe'e gemmena), 4) KH. Harun, 5) Pettabarang, 6) Imam Lapeo, 7) Dt. Sangkala
Syekh Yusuf (Toanta Salamaka) Seorang Penyebar agama islam dari Tanah Mekkah sampai Banten, Petta Lasinrang Seorang Raja dari Tanah Pinrang yang arif nan bijak sana dan gencar menyebarkan agama islam. yang terpenting Beliau Pemberani, Arung Palakka. KH. Harun : Beliau berasal dari Kerajaan Tallo, Petta Barang atau Petta To Risappae konon beliau mallajang diatas kudanya dan penunggu kudanya hingga sekarang masih ada. beliau adalah keturunan raja Barru yang kuat akan agama, Imam Lapeo : seorang imam di Desa Lapeo yang sederhana dan menyebarkan agama Islam sampai ketanah Bugis. sering memperlihatkan mukjisat dari Sang Kuasa, Dt. Sangkala :Hingga saat ini belum ada info detail tentangnya. Merekalah ke tujuh wali yang diyakini oleh Masyarakat di Tana Bugis .
Selain itu terdapat beberapa wali lagi yang di yakini oleh masyarakat Indonesia yakni Wali songo, dan Wali Pitu yang berada di Bali yakni 1) Mas Sepuh Raden Raden Amangkuningrat di Kabupaten Badung), 2)Chabib Umar Bin Maulana Yusuf Al Magribi di Tabanan, 3) Chabib Ali Bin abu Bakar Bin Umar Bin Abu Bakar Al Khamid di Klungkung, 4) Chabib Ali Zaebal Abidin Al Idrus di Karangasem, 5) Syech Maulana Yusuf Al Baghdi Al Magribi di Karangasem, 6) The Kwan Lie di Buleleng, dan 7) Chabib Ali Bin Umar Bin Abu Bakar Bafaqih di Jembrana.Seorang Raja Bone yang bisa membebaskan Masyarakat Bone dari penindasan kerajaan Gowa dan beliau di Juluki Sang Pembebas dengan gelar Pahlawan Kemanusiaan.
Mungkin menjadi pertanyaan, bahwa apakah masyarakat Tana Bugis telah memahaminya ? kalaupun belum, mungkin di sebabkan karena kurangnya publikasi akan wali pitue selama ini ataukan memang mereka baru tahu kalau memang kebudayaan kita juga memiliki Wali Pitue ?
(Sumber : http://portalbugis.wordpress.com)

Anak Seberang: Info: Lepas Telur Tiruan, Beras Plastik Pula Dari China?

Anak Seberang: Info: Lepas Telur Tiruan, Beras Plastik Pula Dari China?

8 Mei 2011

Fajar Online - Muhammad Salim, Benteng Kebudayaan Sulawesi Selatan (1)

Fajar Online - Muhammad Salim, Benteng Kebudayaan Sulawesi Selatan (1)

MESTI BACA!!! Bukti Kristianisasi dalam program DAP. | MPP

MESTI BACA!!! Bukti Kristianisasi dalam program DAP. | MPP

Satu Melayu: Kerana anggap kerajaan lemah, puak ekstremis tuntut pelbagai perkara walaupun menyanggah Perlembagaan - Dr M

Satu Melayu: Kerana anggap kerajaan lemah, puak ekstremis tuntut pelbagai perkara walaupun menyanggah Perlembagaan - Dr M

Belajar Dan Mengajar Bahasa Bugis: Pendahuluan

Belajar Dan Mengajar Bahasa Bugis: Pendahuluan: "Selamat datang ke blog Belajar Dan Mengajar Bahasa Bugis atau dikenali sebagai BMBB. Blog ini adalah tempat simpan maklumat pelajaran yg d..."

DIALOG RAKYAT: Malaysia Kristian? Alahai, Sekarang Pun Malaysia B...

DIALOG RAKYAT: Malaysia Kristian? Alahai, Sekarang Pun Malaysia B...: "Analisis Isu Oleh: mazwandi Hamba tidak mahu bercerita tentang Utusan yang tidak waras berkenaan fitnah Malaysia akan menjadikan Kristian ..."

Satu Melayu: Bagaimana nak yakinkan pemimpin dan ahli Pas dengan skandal Anwar? Anda tahu jawapannya?

Satu Melayu: Bagaimana nak yakinkan pemimpin dan ahli Pas dengan skandal Anwar? Anda tahu jawapannya?