Pernahkah kita fikir apa tujuan kita hidup dimuka bumi Allah ini? Kalau mengikut kitab suci Al-Quran kita disuruh membuat amal ibadat secukupnya sebagai bekal untuk menuju ke alam akhirat.
Mc bukan nak cerita mengenai Alam akhirat tapi mengenai manusia sekarang yang berkelakuan amat pelik dan tidak masuk akal.
Contohnya macam ni la.
Kita susah, Allah menyuruh kita berusaha untuk memperolehi wang dan harta bagi kesenangan hidup. Tapi apa yang sering berlaku ialah, kita berdoa kepada Allah dengan tanpa sebarang usaha. Kita berdoa untuk kesenangan di dunia dan di akhirat. Tapi apakah kita berusaha kejalan itu? Atau kita sekadar bertadah tangan dan berdoa, kemudian tanpa sebarang usaha, mengharapkan harta turun dari langit?
Itulah mentaliti manusia sekarang.
Bila susah, kerjalah sungguh-sungguh, buat cara susah, rajin bekerja, ikhlas dalam pekerjaan, ikut peraturan, Insyallah pekerja yang ikhlas akan dijaga dengan baik oleh majikannya.
Ini tidak, sudahla susah, malas bekerja, sering lewat, tak mengikut peraturan, kerja pulak bagaikan kena paksa, apakah pekerja macam ni yang majikan akan jaga dengan baik? Atau tunggu masa nak sepak keluar saja?
Bila kita susah, kita tak ada wang, kenapa tak ada wang, kerana tak ada kerja, bila tak ada wang, kita pergi minta kerja, bila dapat kerja, Insyallah akan ada imbuhan yang diberi oleh syarikat, banyak atau sikit bergantung pada kita yang bekerja.
Bila minta kerja, muka macam ikan sardin, suara merayu-rayu, mengangguk-angguk semuanya boleh, kalau boleh nak memegang lutut di tukang interview tu, supaya diberikan kerja. Tapi bila dah dapat kerja, kerja suka hati, nak datang ke taknak datang ke serupa syarikat tu bapak dia yang punya. Cuti sakit berhari-hari, lewat jangan cakap la, serupa dia bos kat syarikat tu. Lepas tu bila syarikat potong gaji, atau dapat gaji sikit, kata syarikat kejam, aniaya orang susah macam dia, sebenarnya siapa yang cari susah, syarikat atau dia?
Kita sering berharap dapat gaji besar bila bekerja. Atau bila bekerja pula, kita berharap untuk kenaikkan gaji dengan cepat dan besar. Tapi tiba-tiba bila ada kenaikkan gaji, gaji kita tidak dinaikkan, kenapa?
Kerana syarikat ingat kita dah cukup makan dan pakai, yelah.. syarikat beri gaji rm1000 contoh la ye, tambahan elaun untuk kedatangan rm100. Kalau lewat (lebih daripada dua kali) atau ponteng kerja, syarikat akan potong elaun kedatangan tu. Sepatutnya kalau kita dah susah, jaga la kerja elok-elok jangan kasi elaun rm100 tu kena potong. Rm100 tu banyak, boleh buat macam-macam.
Tapi pekerja yang kata dia susah ni, setiap bulan tak pernah dapat elaun kedatangan, malah gaji pun sering ditolak kerana ponteng dan lewat. Apakah pekerja sebegini akan dapat kenaikkan gaji? Syarikat nak naikkan berapa? rm50? Tak payah la sebab rm100 pun dia tak jaga, inikah pula rm50 pasti dia akan buat tak layan. Jadi siapa yang rugi? Kita atau syarikat?
Sepatutnya bila dah susah, rajin la usaha, kerja elok-elok, jaga gaji jangan bagi kena potong. Bila ada 'overtime' itu rezeki, jangan tolak, sapu aje. Kalau pemalas bila nak senang? Kalau mak bapak kaya tu lain la cerita, tapi kalau memang kita dilahirkan biasa-biasa aje, macam mana nak senang kalau tak berusaha?
Jaga kerja elok-elok, kerja rajin-rajin. Senang atau susah, kita usaha sendiri. Minta dipermudahkan kesenangan dan tambah rezeki kepada kita, tapi diselangi dengan usaha baru betul. Ini berdoa bagai nak rak, siap nangis-nangis tapi, lepas sembahyang tidur sampai ke petang, mana duit nak datang. Apa raaa.. Bila susah, salahkan kerajaan, tak bagi itu, tak bagi ini, barang ini naik, barang itu naik.
Kerajaan hanya buat yang terbaik untuk rakyatnya, kita pula perlu berusaha memastikan keadaan kita sentiasa dalam keadaan terbaik semasa bekerja. Kerajaan cari pendapatannya, kita cari pendapatan kita.
Susah atau senang, Allah yang tentukan, tapi Allah dah janji, siapa yang usaha dia akan berjaya. Allah tak akan mungkiri janji, seperti mana kita manusia. Jadi kalau kita susah, balik tengok cermin, tenung diri sendiri kenapa kita susah, adakah disebabkan orang, atau disebabkan salah sendiri?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan